Lotuss Stores (Malaysia)
Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) together with the Ministry of
Domestic Trade and Consumer Affairs (MDTCA) launched its Buy Malaysia
Campaign 2022 to instil the spirit of patriotism and a sense of pride amongst
Malaysians toward all homegrown made products.
Launching
the Buy Malaysia Campaign at Lotus’s Shah Alam today was Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Deputy
Minister of Malaysia Domestic Trade and Consumer Affair’s accompanied by Hairol
Ariffein Sahari Chief Executive Officer of Halal Development Corporation and
Kenneth Chuah, President of Lotus’s Malaysia.
In its
continuous support for the growth and development of homegrown brands from
Malaysia, Lotus’s commits to delivering its responsibilities in supporting,
transforming, enhancing, and encouraging the capacity and capabilities of local
Small and Medium Enterprises (SME) through its vigorous B2B programmes.
“Apart from being a platform for local
producers to gain wider market access to advance their businesses, we also supply
local small- operated businesses or your neighbourhood Kedai Runcits
with bulk items at very competitive pricing. To date, we now have over 900 Kedai
Runcits subscribing to this convenience and our efforts to enlarge this
reach will continue”, said Kenneth Chuah, President of Lotus’s Malaysia.
He further added that the Lotus’s SME
Support Team is always on a lookout for potential suppliers through working
closely with MDTCA and other government agencies like the Ministry of
Agriculture and Food Industries (MAFI) and HDC.
To help raise
the marketability of locally manufactured products from its 95 partnering SMEs,
the retailer will also be conducting various initiatives that include media
engagements, in-store communication, promotions, and product samplings to gain
consumer interest and trust for quality, affordable Malaysian made products from
now until December 2022. Currently, consumers can enjoy over 800 Malaysian made
products of which 400 products are certified Halal at all its 64 stores
nationwide.
“As a retailer, we have confidence in
the capabilities and qualities of our SME partners. This is evident as 90 per
cent of over three thousand Lotus’s Own Brand items are sourced and
manufactured locally and many have become our customers’ all-time favourites”, continued
Chuah.
Forming part of
the programme earlier today are 15 out of the 95 Lotus’s partnering SMEs and
five NGOs together with social enterprises who have been allocated space to not
only sell but more importantly promote their products and cause to consumers.
As an
appreciation and recognition to these homegrown Malaysian brands and products, Lotus’s
together with the Ministry and HDC awarded ten companies with the Best Lotus’s
SME Suppliers award, three SMEs with the Best New Lotus’s SME award, and five companies
for the Top Performing HALAL SME during the Make Halal Your First Choice
Campaign in collaboration with HDC.
In line with
its #KitakanJiran spirit and to encourage the good work conducted by the NGOs
and social enterprises, Lotus’s also contributed vouchers worth RM500 each to
five NGOs together with the social enterprises participating in the launch of
Buy Malaysia Campaign 2022.
Besides that, Lotus’s
also shared that it is embarking on a new programme that aims to develop and empower
the next generation of entrepreneurs of modern small retail outlets through the
sharing of its expertise and knowledge of the retail industry. The retailer
hopes to not only provide local suppliers with wider market access but help
more Malaysian business owners to operate profitably.
On top of that,
the retailer also launched its Fiesta Nusantara Bersama Lotus’s event, bringing
80 local entrepreneurs from across the country to promote delicacies, arts
& crafts, accessories, fashion wear and beauty care products to consumers
at four of its outlets, namely Lotus’s Ampang, Lotus’s Rawang, Lotus’s Semenyih
and Lotus’s Shah Alam from now until year end. The public are to follow its
social media pages for updates.
Further to
support the country’s economic growth, Lotus’s is actively providing more
employment opportunities for Malaysians via its Kru Ceria recruitment drive.
The retailer also emphasised the value of creating a diversified and inclusive
working culture by welcoming senior hires, people with disability and people
under parole to be part of its growing family. Lotus’s believes that everyone
should be given a fair chance to work and enhance their own livelihood and be
productive members of society.
The retailer
will continue to invest in Malaysia with the introduction of new Lotus’s stores
in various formats bringing fair price to wider consumers as well as creating
more employment opportunities. The company wants consumers to not only see them
as the preferred shopping destination that provides value, quality and
affordable goods but also a caring neighbour within the community that supports
the nation’s sustainable growth.
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) bersama Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan
Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 bagi memupuk semangat patriotisme dan rasa
bangga terhadap produk buatan tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di Lotus’s Shah Alam hari ini dirasmikan
oleh Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia serta diiringi oleh Ketua Pegawai
Eksekutif Halal Development Corporation Hairol Ariffein Sahari dan Kenneth
Chuah, Presiden Lotus’s Malaysia.
Sebagai tanda sokongan yang berterusan bagi menggalakkan pertumbuhan dan
pembangunan jenama barangan buatan Malaysia, Lotus’s komited dalam melaksanakan
tanggungjawabnya untuk menyokong, menginovasi, menambah baik dan menggalakkan keupayaan
dan kapasiti pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan melalui pengelolaan
program B2B yang pesat.
“Selain daripada menjadi platform bagi pengeluar tempatan memperoleh
akses pasaran yang lebih luas untuk memajukan perniagaan mereka, kami juga
membekalkan perniagaan kecil tempatan atau Kedai Runcit kejiranan dengan
barangan pukal pada harga yang sangat kompetitif. Sehingga kini, kami telah mempunyai
lebih dari 900 Kedai Runcit yang melanggan kemudahan ini dan usaha kami bagi
meluaskan rangkaian ini akan diteruskan”, kata Kenneth Chuah, Presiden Lotus’s
Malaysia.
Beliau turut menambah bahawa Pasukan Sokongan PKS Lotus’s sentiasa
mencari pembekal baru yang berpotensi melalui kerjasama bersama KPDNHEP dan
agensi kerajaan lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
dan HDC.
Bagi membantu meningkatkan kebolehpasaran produk keluaran tempatan
daripada 95 rangkaian PKS nya, Lotus’s juga akan menjalankan pelbagai aktiviti
penglibatan media, komunikasi dan promosi dalam pasaraya dan pensampelan produk
bagi meraih minat dan kepercayaan pengguna terhadap kualiti, harga barangan
buatan Malaysia yang berpatutan bermula dari sekarang sehingga Disember 2022.
Kini, pengguna awam boleh menikmati lebih dari 800 produk buatan Malaysia yang
mana 400 produk daripadanya disahkan Halal di semua 64 cawangannya di seluruh
negeri.
“Sebagai sebuah syarikat peruncitan, kami yakin terhadap kualiti dan keupayaan
rangkaian PKS kami. Hal ini terbukti, kerana 90 peratus daripada lebih tiga
ribu barangan jenama sendiri Lotus’s diperolehi dan dikilangkan secara tempatan
dan kebanyakkannya telah pun menjadi kegemaran pelanggan kami sepanjang masa”,
sambung Chuah.
Sebahagian daripada agenda pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di
Lotus’s, ruangan telah diberi kepada 15 daripada 95 rangkaian PKS Lotus’s yang
terlibat bersama lima perusahaan sosial dan NGO untuk mempromosikan produk
mereka dan usaha-usaha amal yang dijalankan.
Sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada pengusaha jenama dan
produk tempatan, Lotus’s bersama KPDNHEP dan HDC telah menyampaikan sepuluh anugerah kepada Pembekal
PKS Lotus’s Terbaik, tiga perlantikan dan pengiktirafan PKS yang baru melalui
pensijilan PKS Lotus’s Baru Terbaik, dan lima anugerah kepada PKS yang telah
mencatat jualan tertinggi melalui ‘Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda’
kerjasama bersama HDC.
Selaras dengan semangat
#KitakanJiran dan bagi menggalakkan inisiatif yang dijalankan oleh kelima-lima NGO
dan usahawan sosial yang terlibat, Lotus’s juga turut menyumbang baucar bernilai
RM500 setiap satu kepada mereka.
Selain itu, Lotus’s juga turut
berkongsi tentang pengorakkan langkah terbarunya yang bertujuan untuk
membangunkan dan memperkasakan generasi usahawan kedai runcit moden di Malaysia.
Pelbagai bimbingan perniagaan juga bakal dikongsikan bagi membantu lebih ramai
usahawan kedai runcit tempatan untuk berkembang dan mempunyai akses ke pasaran
yang lebih luas serta mampu beroperasi dengan lebih menguntungkan.
Lotus’s juga telah
melancarkan acara Fiesta Nusantara Bersama Lotus’s. Program ini akan mengumpulkan
80 usahawan tempatan dari seluruh negeri untuk mempromosikan makanan tradisional,
seni & kraftangan, aksesori, pakaian dan produk penjagaan kecantikan kepada
pengguna di empat cawangannya, iaitu Lotus's Ampang, Lotus's Rawang, Lotus's
Semenyih dan Lotus's Shah Alam sehingga ke akhir tahun ini. Orang ramai boleh
mengikuti halaman media sosial Lotus’s untuk informasi lanjut dan terkini.
Selanjutnya, bagi menyokong
pertumbuhan ekonomi negara, Lotus’s kini secara aktif menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia melalui inisiatif pengambilan Kru Ceria
Lotus’s. Syarikat peruncitan itu juga, telah mengambil langkah mewujudkan persekitaran
tempat kerja yang meraikan kepelbagaian budaya dan inklusif dengan menawarkan
pekerjaan kepada warga emas, mereka yang kurang upaya dan individu di bawah
pengawasan parol untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Lotus’s.
Lotus’s percaya bahawa setiap orang harus diberi peluang untuk bekerja bagi meningkatkan
taraf kehidupan mereka sendiri disamping menjadi masyarakat yang produktif.
Syarikat peruncitan
itu akan terus melabur di Malaysia melalui pembukaan cawangan-cawangan baru yang
berlainan format untuk membawa harga patut kepada lebih ramai pengguna
disamping mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Lotus’s berharap agar
pengguna bukan sahaja melihatnya sebagai pasar raya dan pusat membeli-belah
yang menawarkan pelbagai pilihan yang berkualiti malahan juga sebagai sebuah
institusi kejiranan yang prihatin dalam komuniti bagi menyokong pertumbuhan negara
yang mampan.